I made this widget at MyFlashFetish.com.

Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik daripada seminar Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.

1. TATACARA MAKAN & MINUM
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.
3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan. Vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.
4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

2. TATACARA DI BILIK AIR
1.Selepas membuang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .

3. TATACARA DIDIK ANAK
1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan berkembang dengan baik.
2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hiperaktif, kurangkan (atau jangan) pakaikan baju berwarna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

4. TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI
1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

1 Comment:

  1. Tanpa Nama said...
    thx atas infomasi... salam ziarah..

Post a Comment



Kenangan Bersama

kenangan bersama korang xdpt @ku lupakan