Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam Syara'
Begitu pula untuk 'berkasih-sayang' versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (TTQ Al Isra' : 36)
Juga firman Allah SWT;
Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mreka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orangg-orang yang zalim (TTQ Al Baqarah : 145)
Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak akan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak boleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif.
Bangla Joke
One day, there is an American, one Italian, a
Malaysian and a Bangladeshi travel around on a private
helicopter.
After about one hour travelling, the American take out
his cigarette ( Dunhill ) lighted it up
and start smoking after two sip, he throw the balance
of the cigarette.
The others three persons surprise and ask " Why didn't
you finish-up the cigarette before throwing ? " He
reply arrogantly " there is a lot of cigarette in my
country".
Half an hour later the Italian take a
bottle of branded perfume and apply on him and
the rest he throw out of the window. The other three
persons was surprised and ask " Why did you throw
away the perfume ? ". The Italian reply also
"there is alot of perfume in my country" .
The Malaysian don't know what to do suddenly push
that Bangladeshi out of the helicopter. The other
two person was shouted crazyly " Why did you push
him !!!!!!!?????? " .
The Malaysian say slowly "There is a lot of Bangladesh
in my country ".
Everybody keep quiet and stay away from the Malaysian
_____________________________________________________________________
Nak Kaya
----------------------
Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran
Mamat) kepada wartawan Variasari.
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan
dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak
bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak
menguji
aku?"
Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau
kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang
tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang
hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.
Itulah ceritanya.....
____________________________________________________________________________________
Cerita krew TV3
---------------
Replay untuk yang dah pernah dengar.......read on
Ini cerita krew TV3 untuk episod jejak rasul.
Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.
Seorang krew TV3 berkata sambil menepuk bonet kereta
"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi krew TV3 berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak
" Petrol - Sodaqallah hul azim".
Pening semua pak Arab tu.
----------------------------------------------------------
Tersesat
--------
Lanjutan dari Joke Yaman semalam, aku ada satu lagi version.
Kali ni its happen in Makkah.
Satu hari sorang pak cik jalan dengan bini dia di lorong kota Makkah, al-mukarramah dan nak jadikan cerita dia tersesat dan tak tau jalan nak balik hotel. Nak tanya pak arab, dia tak tau cakap arab. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut....
Dia pun tanya pak arab ni...
" Ana fi dhala limmubin " (terjemahan - Saya dalam kesesatan yang nyata..)
Dia sambung lagi
" Ih dinassira thal mustaqim " (terjemahan - Tunjukkan kami jalan yang lurus..)
pak arab tu pun tepuk dahi... MasyaAllah....
-----------------------------------------------------------
Asia News melaporkan, bagi tujuan itu, organisasi berkenaan mewujudkan telefon bebas tol dan mendirikan dua pusat penerangan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat serta menerbitkan video mengenai kedudukan wanita dalam Islam yang digambarkan sebagai golongan yang patuh membuta tuli dan diberi layanan buruk.Kandungan risalah itu jelas tidak mengiktiraf doktrin Islam yang diturunkan dari syurga malah mendakwa al-Quran ditulis secara langsung oleh Nabi Muhammad.Bagi umat Islam, keajaiban paling hebat dalam al-Quran ialah apabila Nabi Muhammad menghafal surah yang dibacakan kepada baginda oleh Jibril.Yad Lahim mendakwa tindakan mereka itu bertujuan membantu umat Islam yang salah faham mengenai al-Quran sebenar dan membongkar idea beracun yang berada dalam masyarakat Islam.Penduduk Islam lantas melontarkan bantahan keras terhadap risalah terbitan organisasi itu kerana ia fitnah dan merendah-rendahkan al-Quran asal dan diterbitkan bertujuan mencetuskan keraguan mengenai kepercayaan asal umat Islam.Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Akrama Sabri, cuba meredakan ketegangan itu dengan berkata itu bukan kali pertama ia dilakukan dan cubaan seumpama itu tidak pernah berjaya.Dia meluahkan keyakinannya tidak akan ada seorang pun berjaya merosakkan keaslian al-Quran kerana ia dilindungi Allah. – Agensi
Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik daripada seminar Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.
1. TATACARA MAKAN & MINUM
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.
3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan. Vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.
4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.
2. TATACARA DI BILIK AIR
1.Selepas membuang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .
3. TATACARA DIDIK ANAK
1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan berkembang dengan baik.
2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hiperaktif, kurangkan (atau jangan) pakaikan baju berwarna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
4. TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI
1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.
Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
1-Maxis dimiliki oleh Ananda Krishan yang bertopengkan Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Binariang.
2-Maxis lazimnya memberikan kerja kepada orang Tamil/Hindu. Ini adalah fakta dan bukannya cerita yang saya reka. Tak percaya tanya orang yang kerja Maxis. Saya mempunyai kawan di sana dan perhah pergi interview di Maxis dan ini adalah pemantauan saya.'
3-Celcom lazimnya memberikan kerja kepada orang Melayu/Islam. Tetapi malangnya ramai juga "pasanger" di dalam yang bekerja di sini kerana bapa, mak, pakcik, makcik, tok, nenek, tok menakan dan lain-lain lagi orang besar di sana. Macam mana saya tau? Ramai kawan saya yang bapak dia hari manager la district manager la dan tak tau siapa lagi kat TM. Tapi fundamental nya Celcom employs Malays/Muslims. (Unfortunately many of them think it is their right to be therean NOT WORK PROPERLY).
4-Teknologi yang digunakan oleh Maxis ialah GSM900. GSM900 mempunyaikelemahan di mana "network capacity" of GSM900 is not that high. GSM 900base station theoretically can reach a radius of 25 km, but within the 25km you have so many subscribers that you get network congestion. It is a technical limitation that if the base station limit is reached (meaning a certain number of users are in aconversation) the rest cant go through. Nak tau Kenapa Maxis mula bagi SMS kalau ada miss call? Sebabnya ialah GSM900 dah sampai limit. Dah lama dah sampai limit. Dah lebih kurang 5 tahun dah. Tapi orang kita duduk gila gilakan Hotlink la, Maxis coverage bagus la. Unfortunately, from my point of view which is an Engineering in Communication Systems Maxis is bull****. They just packaged it nice, but once you "kupas" the fruit, you find bull****.
5-Celcom menggunkan GSM1800 (selepas merge dengan TM Touch) yang merupakan system yang lebih maju dibandingkan dengan GSM900. Ia adalahteknologi yang di keluarkan atau di cipta kerana GSM900 mempunyai limitasi teknikal seperti yang diterangkan di atas. Oleh kerana GSM 1800 beroperasi di frequensi tinggi iaitu 1800MHz bebanding dengan GSM900(900MHz) maka base station coverage adalah rendah iaitu lebih kurang 5 km. Jadi sekarang saudara dah tau Kenapa dulu ADAm (Time Cell), TM Touch dan DIGI punya coverage tak sehebat Maxis masa awal awal telefon GSM dikeluarkan. Jadi kalau coverage kecil dancapacity tinggi maka peluang untuk "network congested" pun rendah.
6-Celcom sekarang telah mendapat CEO baru iaitu Dato' Shazali. Saya tidak kenal beliau dengan rapat tetapi saya rasa sejak dia menjadi CEO,Celcom telah mengorak langkah untuk mendapat higher subsriber base dengan marketing yang aggresif. Oleh itu marilah kita beri sokongan.
7-MCMC sedang mengkaji "number portability" yang membenarkan kita menukar network provider kita tetapi mengekalkan nombor telefon. Ia adalah satu implimentasi yang akan nyata.Diharapkan ia akan direlisasikan dengan segera kerana di Jepun ia di implimentasikan mulai Januari 2006 dan wajib bagi semua mobile operatorsebelum akhir December 2006. Jadi kita boleh la "Hijrah" ke Celcom bagiyang tidak mahu melepaskan nombor telefon sekarang Sekiranya ada orang yang tersinggung dengancadangan saya sebenarnya tak berapa kisah. Apa yang saya tulis adalah supaya kita menjadi SMART CONSUMER dan tidak di tipu oleh marketing yang berdaya imaginasi tinggi tetapi sebenarnya tidak membawa faedah. p/s:Tapi perkara yang paling penting di sini ialah,sebagai orang Islam dan Melayu kita hendaklah menyokong syarikat bumiputra dan Islam untuk kemajuan umat Islam kita bersama.
Kalau kita menggunakan Maxis,yang kita tahu pemiliknya orang yg beragama Hindhu,mungkin duit keuntungan syarikat itu(duit kita)akan dilaburkan ke tempat yang haram contohnya pembinaan kuil mereka.nau'zubillah. jom2.. pakat ramai2 tukar...
Akhir kalam,selamat berfikir scr mendalam.Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita yg terang2an mahupun yg tersembunyi.InsyaAllah
Wallahua'lam bisowwab.Wallahulmusta'anu 'ala ma tasifun.
Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.
Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.
Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha
Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.
Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.....
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.
Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.
Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?
Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.
Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.
Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.
Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.
Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?